Friday, November 2, 2012

Pantun kasih

Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari

Anak ikan dipanggang sahaja
Hendak dipindang tidak berkunyit
Anak orang dipandang sahaja
Hendak dipinang tiada berduit 


Saya tak hendak berlesung pauh
Lesung pauh membuang padi
Saya tak hendak bersahabat jauh
Sahabat jauh merisau hati 


Burung serindit terbang melayang
Singgah dihinggap di ranting mati
Duit ringgit dipandang orang
Jarang dipandang bahasa budi 



Daun durian jatuh tercampak
Lopak-lopak isi selasih
Tujuh tahun dilambung ombak
Tiada kulupa hati yang kasih 


Anak Cik Siti mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa
Bagai rambut tersimpul mati

No comments:

Post a Comment