Rendang ayam kering

Bahan-bahan:

  •  1 ekor ayam } dipotong
  • 2 biji kelapa } ambil santan pekat
  • 1 helai daun kunyit } dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut }hiris halus
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam keping
  • garam secukup rasa
  • sket gula merah jika suka

Bahan kisar:

  • 15-20 tangkai cili kering
  • 20 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup
  • 4 batang serai (hiris bahagian ubinya sahaja untuk dikisar, btgnya diketuk )
  • 3 biji buah keras

Cara membuat:

  • Bahan kisar hendaklah dikisar dgn santan (jgn guna air)
  • Satukan santan, bahan kisar, ayam, kerisik, batang serai yg diketuk dan asam keping
  • Jerang atas dapur hingga hampir kering.
  • Masukkan garam dan gula melaka dan kacau hingga kering.
  • Sebelum angkat taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
  • Kacau sebati, bolehlah diangkat.


Sumber : http://dapur-digital.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar