Jeme Lubai menyebut kayu kahas, kayu ini duluni cuman diambek kuletnye untok lapek getah balam dan pacak juge dijadikan tali kambu, tali behunang dan tali bake. Ade juge jeme menggunekan kulitnye dijadikan dinding dangau diume. Sedangkan kegunean lainnye, lom ade ye tau. Mak ini ahi didaerah Lubai kayu kahas hamper punah.
Nama Tempatan: Gaharu/depu, Nama Saintifik: Aquilaria malaccensis, Nama Lain: Karas, Engkaras, agar wood, aquilaria, krasna, agaloca,aloeswood, eaglewood, jinkoh. Famili: Thymelaeaceae, Lokasi dijumpai: Hutan hujan tropika. Asal: Tumbuhan tempatan
Keterangan:
Pohon
Gaharu di kawasan desa Jiwa Baru, kecamatan Lubai, kabupanten Muara Enim, provinsi
Sumatera Selatan disebut Kayu Kahas. Sewaktu penulis masih kecil periode
tahun 80-an, penggunaan Kayu Gaharu oleh orang tua penulis maupun
masyarakat Lubai lainnya hanya untuk diambil kulitnya saja. Kegunaan kulit kayu Gaharu
selain dapat dijadikan tali pengikat, dapat juga dijadikan sebagai dinding pondok atau danggau di
Ladang dalam bahasa Lubai Ume.
Pohon Gaharu
di Malaysia dengan nama Gaharu, Depu, Karas atau engkaras merupakan
pohon besar yang dapat mencapai ketinggian sehingga 40 meter tingginya.
Diameter batangnya pula boleh mencapai sekitar 60 cm. Gaharu merupakan
sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika, terutamanya
di tanah rendah sehingga ke kawasan yang ketinggiannya sehingga 270
meter daripada paras laut. Taburan pertumbuhan depu secara geografinya
meliputi kawasan Asia tenggara, India dan China. Gaharu boleh hidup di
semua jenis tanah kecuali kawasan paya dan berair.
Kegunaan:
Resin
yang terhasil di bahagian teras batang pokok gaharu merupakan bahan
yang mempunyai nilai komersial yang amat di tinggi di pasaran seluruh
dunia. Resin ini telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai setanggi
atau kemenyan, digunakan dalam pengobatan, kosmetik mahupun bahan untuk
upacara keagamaan. Cara tradisonal untuk mendapatkan resin ini ialah
dengan menebang pokok ini untuk mendapatkan resinnya. Malangnya tidak
semua pokok yang telah matang akan menghasilkan resin, menyebabkan ada
pokok yang ditebang secara sia-sia sahaja. Ini menyebabkan pohon Gaharu
di kawasan Lubai terancam kepupusan di habitat asalnya.
Kini
gaharu merupakan spesis tumbuhan yang di lindungi di negara Malaysia.
Perjanjian antarabangsa seperti CITES (Satu konvensioan yang
membincangkan urusniaga antarabangsa yang dilakukan ke atas
spesis-spesis terkawal) telah diperakui dan dipersetujui oleh 169 buah
negara. Persetujuan ini adalah untuk memastikan urusniaga gaharu tidak
akan mengancam kepupusan pokok gaharu di habitat semulajadinya.
No comments:
Post a Comment