Sunday, October 28, 2012

Gulai telur itik

BAHAN-BAHAN :

8 biji telur itik
2 biji kelapa parut ambil santan yg pekat-anggaran 4-5 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit -yang besar
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

5 biji cili api
5 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , daun kunyit yang dipotong nipis-nipis kemudian masukkan asam keping dan biarkan kuah santan masak sampai mendidih
  2. Pecahkan sebiji demi demi sebiji telur itik dan masukkan ke dalam kuah santan tadi . Biarkan telur itik masak baru la dikacau perlahan-lahan.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sekejap dan boleh la ditutup api dapur.
  4. Kalau suka kuah yang banyak tambah la lagi santan.
Sumber : http://resepisedap-nennie.blogspot.com


No comments:

Post a Comment