Sunday, October 28, 2012

Gulai pucuk ubi

Hari ni saya masak gulai pucuk ubi yang saya kutip di kampung dan menu ni memang favorite suami saya . Menu simple ni kalau makan dengan nasi tanpa lauk lain pun dah sedap. Suami saya siap beli ikan masin tenggiri lagi untuk dimakan dengan gulai pucuk ubi ni. So saya goreng la hari ni untuk di makan dengan gulai pucuk ubi ni , ishhh memang sodapnya...

BAHAN-BAHAN :

1 ikat pucuk ubi
2 biji kelapa parut ambil santan yg pekat
1 genggam iakn bilis-rendam sekejap
1 keping asam keping yang kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
4 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

  1. Bersihkan pucuk ubi dan buang batang serta ambil daun pucuk ubi ni sahaja.
  2. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis, asam keping dan garam. Gaul semua bahan dan masak kuah santan sampai mendidih .
  3. Masukkan semua pucuk ubi tadi dan kacau sekejap. Biarkan pucuk ubi masak dan menjadi empuk . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur.
Sumber : http://resepisedap-nennie.blogspot.com

No comments:

Post a Comment