BAHAN-BAHAN :
500 grm ikan talang masin - rendam selama 1 jam1 biji nenas
4 cawan santan pekat
2 biji terung bulat sederhana besar - dipotong 4
Garam dan asam jawa secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMISAN :
1 peket rempah kari ikan2 cm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba campur
1 ranting daun kari
BAHAN-BAHAN TUMIS DARAT :
3 biji bawang merah-dimayang nipis-nipis
1 ranting daun kari
* Jika kuah terlalu pekat tambah sedikit saja air.
CARA MEMASAK :
- Bersihkan kepingan ikan talang masin dan rendam selama 1 jam untuk buang garam . Beli nenas yang sedang elok maksudnya jangan terlalu muda atau terlalu masak kiranya . Kupas dan bersihkan nenas ini dan potong ( nanti lain kali saya tunjuk cara potong nenas ini ) buah nenas tak perlu dibelah hanya potong menyerong jadi berkeping-keping macam sengkuang tu anggaran ketebalan dalam 1 cm dan lebar dalam 15 cm . Bila dah potong jadi macam kepingan-kepingan dan tak payah ambil bahagian empulur yang keras tu .
- Kupas kulit semua bawang dan halia serta dimayang halus . Panaskan 3-4 sudu besar minyak untuk menumis dan tumiskan semua bawang , halia , halba campur dan daun kari . Bila bawang dah layu dan wangi boleh la dimasukkan rempah kari dan air asam jawa . Kacau dan biarkan semua bahan mendidih dan rempah kari terbit minyak itu tandanya rempah kari dah masak .
- Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan serta kacau kuah dan biarkan sampai kuah mendidih kemudian boleh la dimasukkan semua kepingan ikan masin serta nenas dan kacau sekejap . Jika kuah terlalu pekat atau sedikit boleh la ditambahkan sedikit air lagi. Kemudian dimasukkan terung tadi dan kacau sekejap , boleh dirasa garam jika sudah masin tak perlu ditambah garam .
- Biarkan kuah mendidih dan ikan masin masak dan terung dah empuk , boleh lah ditutup api . Panaskan 3 sudu besar minyak baru dalam kuali dan tumis semua bawang merah tadi dengan sedikit daun kari bila bawang sudah menjadi warna kekuningan coklat tapi jangan terlalu garing , terus tuang semua bawang dan daun kari ni bersama minyak tadi ke dalam periuk berisi gulai ikan masin tadi dan tutup tudung periuk . Ini la di katakan tumis darat , kari ikan masin ini akan jadi sangat wangi dan lebih sedap sesuai buat teknik ini untuk kari ketam.
No comments:
Post a Comment