Saturday, October 6, 2012

Kayu Cengal


Kayu cengal di Lubai mak ini cuman tinggal name, ade name dengatek barangnye. Penulis diajak bak pegi ke kebun balam lebak Lubai parak danau tehap, desa Jiwa Baru, kecamatan Lubai, kabupaten Muara Enim, provinsi Sumatera Selatan. Duluni disane, penulis dienjok tahu, bahwe ade kayu Cengal. Uji bak duluni kayu Cengal itu sejenis dengan kayu Ngerawan.

Kayu Cengal, Penjelasan saintifik yaitu :Alam: Tumbuhan, Divisi: Tracheophyta, Kelas: Magnoliopsida, Order: Malpighiales, Keluarga: Dipterocarpaceae, Genus: Neobalanocarpus, Spesies: N. heimii, Nama binomial, Neobalanocarpus. Jempina, huru menyan, ambulu (Jawa); sangal, huru menyan, damar putih, selangan (Kalimantan). Merawan (Malaysia); tjengal (France, German, Netherland, Spain, UK, USA); gagil (Sabah, Serawak).

Kayu Cengal (Neobalanocarpus heimii) iala sejenis pokok kayu keras yang dapat popular. Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad kepada Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand. Kayu cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga 'Dipterocarpacease' iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.

Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai.

Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras. Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan varnis

Di Malaysia, pokok cengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang.

Batang Cengal terbesar dan tertua di Malaysia dijumpai di Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad. Batang Cengal tersebut setinggi 65 meter dengan ukur lilitnya 16.75 meter, atau kira-kira 13 pemeluk, serta bergaris pusat 5.32 meter memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang. Isi padu pokok cengal ini dianggarkan 220m3 dengan keberatan 120 tan metrik. Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun iatu berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4sm setahun.

Batang yang terletak lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut di kawasan Kompartmen 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan didokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001.

Sepenggal kenangan

Pohon Cengal tumbuh subur di perbatasan kebun kopi keluarga penulis dan kakak Abu Roni, terletak umbul Sekampung Kuning, desa Datar Lebuai, kecamatan Air Naningan, kabupaten Tanggamus, provinsi Lampung. Pohon ini diketemukan oleh kakak penulis Iskandar Bin M. Ibrahim (Almarhum) pada tahun 1973. 

Pohon Cengal tersebut setinggi 45 meter dengan ukur lilitnya 2.50 meter, atau kira-kira 3 pemeluk. Sepenggal kenangan bagi penulis adalah pada saat baru diketemukan pohon tumbur subur, nampak indah dipandang mata. Dikarenakan akan menggangu pertumbuhan tanaman kopi, maka kayu Cenggal tersebut ditebang oleh kakak penulis. 

Pada tahun 1976 kayu Cenggal tersebut, digergaji dijadikan balok-balok ukuran 8x12 centi meter untuk dijadikan bahan bangunan Sekolah Dasar umbul Datar Tenam, Datar Lebuai, kecamatan Air Naningan, kabupaten Tanggamus, provinsi Lampung.

Demikian sepenggal kenangan yang masih berkesan, walaupun sudah lama peristiwanya terjadi.


No comments:

Post a Comment